
SSSS.Dynazenon
Half season review
Genre : Action, Mecha, Sci-fi
Episodes : 7 of 12
Studio : TRIGGER
Season : Spring 2021
Sebagai peminat anime SSSS.Gridman, aku memang tertunggu-tunggu dengan sequel atau spin off dari series ni. Masa 1st time aku tgok trailer announcement SSSS.Dynazenon memang aku excited tak terkata la. Tapi ada kerisauan kat dalam hati aku sebab SSSS.Gridman adalah top 5 anime utk tahun 2018 aku. Adakah Dynazenon boleh buat aku teruja dan excited macam Gridman?
Cerita SSSS.Dynazenon bermula bila Asanaka Yomogi terjumpa dengan Gauma, seorang "monster tamer" yang tengah kebuluran. Kesian dengan Gauma, Yomogi bagi dia roti dan Gauma mcm terhutang budi gila dekat Yomogi. Keesokan harinya, rakan sekelas Yomogi, Minami Yume ajak Yomogi untuk jumpa pada malam hari sebab ada sesuatu yang Yume nak bgtahu pada Yomogi.
Dipendekkan cerita pada malam tu Yomogi, Yume dan Gauma terjumpa. Tengah2 Gauma "berbalah" dengan Yume, ada monster/kaiju muncul kat bandar diorang. Gauma mengeluarkan sesuatu dari bungkusan yang dipegangnya dan sebuah robot gergasi, Dynazenon muncul di depan diorang. Yomogi, Yume, Gauma dan Yamanako Koyomi, seorang "NEET" yang kebetulan berada berdekatan diserap masuk kedalam kokpit Dynazenon untuk mengalahkan monster tersebut dan menyelamatkan bandar diorang.
------
Basically ni sinopsis utk episode pertama SSSS.Dynazenon. Anime Dynazenon ni menggunakan formula tokusatsu. Ada monster muncul > "seru" robot > kalahkan monster dan episode tamat. Tapi kalau setakat itu je ceritanya, aku memang takkan tengok la anime ni. Walaupun aku bukan fans tokusatsu tapi aku memang enjoy gila tgok anime SSSS.Dynazenon ni dan jugak anime SSSS.Gridman yang dulu.
Apa yang membuatkan aku enjoy dengan anime ni?
Disebalik formula yang agak simple, ada satu story yang menarik dalam anime ni. Seperti Gridman, SSSS.Dynazenon pun pandai untuk "tanam" beberapa misteri yang membuatkan aku tertanya-tanya soalan macam "Siapa Gauma ni?", "Monster tamer tu apa?", "Siapa yang diorang lawan?", "Apa kaitan anime ni dengan Gridman". Dan persoalan yang paling utama yang membuatkan aku tertanya2 dalam anime ni ialah berkaitan dengan Kakak kepada Yume yang terkorban akibat satu kemalangan 5 tahun lepas dan apa relationnya dengan semua incident dan character yang ada dalam anime ni
Setakat 7 episode ni, Yume dengan bantuan Yomogi sedikit demi sedikit semakin rapat dengan kebenaran mengenai kemalangan yang menimpa kakak Yume. Nak tahu lagi lanjut kena tggu anime ni habis lah
------
Satu perkara lagi yang aku suka dengan anime SSSS.Dynazenon(dan SSSS.Gridman) adalah scene slice of life dia. Perbualan harian, voice acting dan interaksi antara character2 dalam anime ni bagi aku sangat berbeza dengan majoriti anime-anime lain. Aku rasa diorang punya interaksi agak realistik dan natural, seolah2 aku tengah tgok satu cerita live action
Disokong pula dengan lack of background music ataupun ketiadaan background muzic untuk SEMUA scene slice of life menimbulkan lagi feeling2 realism anime ni. Yup, anime ni tak menggunakan background music melainkan lagu dari speaker mcm speaker kelas, tv dan radio dekat convinence store. Penggunaan background music dalam anime ni dikhaskan untuk scene berlawan dengan monster saja seolah2 anime ni cuba untuk membezakan scene yang REAL dan scene yang FANTASY
------
Kalau korang berminat untuk tgok anime ni, mesti korang akan tertanya2, perlu ke tgok anime SSSS.Gridman sebelum tgok anime SSSS.Dynazenon ni?
Aku sangat2 menggalakkan korang untuk tgok Gridman dulu sebelum Dynazenon tapi pada pendapat aku, kalau korang nak terus tgok Dynazenon pun tak jadi masalah. At least setakat episode 7 ni lah. Walaupun ada character dari anime SSSS.Gridman muncul dalam anime ni, aku tak rasa korang akan lost.
Cukup sekadar korang tahu itu character dari anime sebelum ni sebab involvement diorang sangat minima setakat episode 7 ni. Alah macam cerita Power Rangers, tiba2 ada power rangers yang lama tolong power rangers yang baru.. Ha lebih kuranglah.. Tapi mungkin la diorang ni akan lebih involve pada episode2 akan datang.. Kite tak tahu lagi
------
Setakat ni itu je lah yang aku boleh katakan pasal anime SSSS.Dynazenon ni. Aku tak suka sangat nak bagi rating untuk cerita2 atau anime yang aku tengok sebab aku percaya enjoyment tu subjective. Kalau tanya aku, memang aku enjoy dengan anime ni terutama episode 6 dan 7 ni.. Kalau korang x tgok lagi anime ni, aku suggest sangat2 korang utk start tgok. Anime ni boleh ditonton secara sah di apps bilibili
Itu saja dari aku kali ni
Assalamualaikum